nasi dagang guna rice cooker

Ramai yang suka makan nasi dagang kan? Tapi bila teringat nak buat nasi kena rendam, kemudian kukus dulu. Akhirnya tak jadi buat sebab renyah sangat. Kan senang kalau boleh buat nasi dagang guna rice cooker tak perlu rendam dan kukus.

Jangan risau, memang ada cara mudah buat nasi dagang, hanya perlu tanak macam nasi biasa guna rice cooker. Nak tahu caranya? Jom lihat resipi perkongsian oleh Lieya Mohd di bawah.

Resipi Nasi Dagang Guna Rice Cooker

Bahan-bahan:

  • Beras wangi 1 kg
  • Santan (1 1/2 biji)
  • Bawang merah (mayang)
  • Halia (mayang)
  • Halba
  • Sedikit garam
  • 3 sudu minyak masak

Cara-cara masak nasi:

  1. Basuh beras dan toskan. Masukkan beras, santan dan bahan-bahan mayang. Masak nasi macam biaas.
  2. Sukat 1 kg beras dalam 7 pot, santan berada pada paras nombor 9. Lebihan 2.

Resipi Gulai Ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan aya (kukus bersama garam dan asam keping)
  • Santan (1 1/2 biji)
  • Lada kering, bawang merah, bawang putih, halia sikit
  • Lengkuas skit (blend)
  • Rempah kari 1 sudu
  • Gula kerek 2 keping
  • Kiub pati ikn bilis seketul
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • 10 biji cili padi
  • Ketumbar, jintan manis sikit, jintan putih sikit (kisar kering dan tapiskan. Ambil yang halus je)

Cara-cara buat gulai ikan:

  1. Campur semua kecuali ikan.
  2. Bila dah menggelegak baru masukkan ikan yang sudah dikukus tadi.
  3. Biarkan kuah mendidih sekejap dan masukkan cili api.
  4. Siap!

Resipi Acar

Bahan-bahan:

  • Mentimun (buang tengah potong panjang)
  • Lobak merah (potong panjang)
  • Bawang merah (mayang)
  • Lada besar (mayang)
  • Cuka
  • Gula
  • Garam

Cara-cara buat acar:

  1. Satukan semua bahan.
  2. Kacau rata. Siap!

Semoga bermanfaat!

Kredit: Lieya Mohd

Baca juga: Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN