Masakan ibu.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Daging Masak Lemak Cili Api
Masakan ibu.
BAHAN-BAHAN
- 300gm daging, ayam pun boleh
- 1 mangkuk santan
- 2 biji bawang merah, dikisar
- 1 ulas bawang putih, dikisar
- 1/2 inci halia, dikisar
- 10-15 tangkai cili api, dikisar…kalu nak pedas tambah lagi!
- 2 biji kentang bersaiz kecil
- 1 batang serai
- Asam keping
- Garam secukup rasa
- Kiub ayam (jika suka)
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan kisar, daging, serai, asam keping, garam dan serbuk kunyit ke dalam periuk dengan api yang sederhana…biarkan daging empuk, dan keringkan airnya. Sekiranya daging masih tidak empuk tetapi air di dalam periuk telah kering, tambahkan air.
- Sementara menunggu daging empuk, bolehlah dimasukkan kentang.
- Setelah daging dan kentang empuk, masukkan santan, kacau dan tunggu hingga mendidih. Hidangkan!
- Enak dimakan bersama nasi…jika ada lebihan kuah masak lemak malam tadi, mmm… boleh lah dijadikan kuah untuk mencicah roti canai atau jemput-jemput bawang untuk hidangan sarapan…pasti terangkat! Cubalah cara orang Rembau!
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.