Penang mari..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Hitam Nasi Kandaq

Penang mari..

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging
  • 30 biji cili kering
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1 inci halia
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 cawan tomato sup (Kimball/Heinz)
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 biji tomato dihiris
  • Asam jawa, garam
  • Sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dari kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih
  • Daun pudina (kalau suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Daging potong 18.
  • Bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar.
  • Bawang besar dikisar berasingan.
  • Cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. Gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan.
  • Masukkan daging bersama bahan kisar lain dan kicap.
  • Apabila separuh masak masukkan tomato buah, tomato sup dan daun kari.
  • Kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk.
  • Apabila hampir masak masukkan asam jawa , garam dan daun pudina.
  • Haa….ini la daging hitam nasik kandaq :)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN