Masakan ringkas dan mudah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Goreng Bawang

Masakan ringkas dan mudah.

BAHAN-BAHAN

  • Setengah kilo udang
  • *Satu labu bawang besar (kulit kuning)
  • Garam
  • Secubit gula
  • Serbuk perasa (Ajinomoto)
  • *1 ulas bawang putih – jika suka
  • *Setengah biji lada hijau – jika suka
  • (Bahan bertanda * dimayang)
  • Sedikit serbuk kunyit @ kunyit hidup
  • Minyak untuk mengoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan udang. Perap bersama garam dan kunyit.
  • Goreng udang, bila dah masak… angkat dan toskan minyak.
  • Dalam kuali lain, panaskan 2 @ tiga sudu minyak masak. Masukkan semua bahan yang dimayang. Goreng dengan api kecil.
  • Goreng semua bahan tadi hingga layu. Masukkan secubit gula dan serbuk perasa. Letakkan sikit serbuk kunyit untuk warna. Kacau sekejap… boleh la diangkat dan curahkan di atas udang.
  • Sedia untuk dihidang. Makan bersama nasi putih. Udang boleh juga diganti dengan ayam @ ketam.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN