Masakan Cina, citarasa Jawa…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sizzling Yee Mee

Masakan Cina, citarasa Jawa…

BAHAN-BAHAN

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake (cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 inci halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  • Masukkan ayam yang telah dipotong sehingga agak empuk.
  • Masukkan 2 cawan air.
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  • Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain- tunggu 2-3 minit.
  • Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  • Titikkan minyak bijan beberapa titik-jangan banyak-banyak…
  • Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN