Buat rendang ni semalam, lauk sampingan nasi lemak..cuba resepi dari internet..tak tau la asli Kedah ke tak tapi disebut rendang Kedah….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Ayam Kedah

Buat rendang ni semalam, lauk sampingan nasi lemak..cuba resepi dari internet..tak tau la asli Kedah ke tak tapi disebut rendang Kedah….

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam – dipotong-potong
  • Santan dari 2 biji kelapa
  • 1 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar gula merah
  • Garam dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Bahan kisar:-
  • @ 10 biji bawang merah
  • @ 10 cm lengkuas
  • @ 5 cm halia
  • @ 3 cm kunyit hidup
  • @ 5 batang serai
  • @ 100 gm cili kering
  • Rempah tumis:-
  • # 2 cm kulit kayu manis
  • # 2 kuntum bunga lawang
  • # 5 biji cengkih
  • # 5 biji buah pelaga
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
  • Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.
  • Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk dimakan mengikut kesukaan masing-masing..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN