Khas dari dapur Mat Gebu…..boleh dimakan dengan nasi, roti, ketupat, lemang dan sebagainya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Ayam Kampung

Khas dari dapur Mat Gebu…..boleh dimakan dengan nasi, roti, ketupat, lemang dan sebagainya.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 2 asam keping
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkih*(*bahan-bahan tumis)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar kerisik
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak untuk menumis
  • BAHAN DIKISAR HALUS:
  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dengan asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging).
  • Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan kemancar. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan-bahan dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
  • Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dengan rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
  • Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yang telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
  • Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesiapa yang ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing-masing. Kemudian keringkan di dalam kuali.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN