Tomyam Goong

Siapa yang tak bangga kalau satu keluarga puji masakan anda sedap kan? Lagi-lagi kalau mendapat pujian daripada ibu sendiri. Semakin semangat nak masak pelbagai menu setiap hari.

Seperti perkongsian oleh seorang wanita ini, beliau telah memasak Tomyam Goong dan ibunya memuji tomyam itu lagi sedap dari kedai masakan Thailand sering mereka pergi.

Nak tahu apa rahsianya? Jom lihat resipi Tomyam Goong oleh perkongsian oleh saudari Atikah Rahman di bawah. Dijamin satu keluarga makan licin sampai ke kuah! Selamat mencuba.

Resipi Tomyam Goong

Bahan kisar:

  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 2 ulas besar
  • Serai 2 batang kecil

Bahan-bahan lain:

  • 3 Cawan @ 750 ml air
  • 1 inci Lengkuas ketuk2
  • 2 Batang Serai hiris nipis panjang2
  • 3 Helai Daun Limau Purut
  • 4 Akar Daun Ketumbar
  • 4 Cili Padi Vietnam potong nipis panjang2
  • 5 Sudu Besar Susu Cair
  • 1 Cup Cendawan Tiram
  • 5 Sudu Besar Pes Tom Yum
  • 1 1/2 Sudu Besar Sos Ikan
  • Garam
  • Gula kabung
  • Bawang Holland
  • 15 ekor Udang/sotong 5 ekor potong2
  • 2 Sudu Besar Jus Limau
  • Putik Jagung 7 batang hiris nipis
  • Daun Ketumbar hiris 2 inci
  • Ceri tomato 10 biji dibelah dua

Cara-cara untuk membuat tomyum goong:

  1. Masukkan minyak masak 2 sudu dan tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air.
  2. Seterusnya masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, akar daun ketumbar dan cili padi. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Tambahkan susu cair, putik jagung, cendawan dan biarkan sehingga cendawan masak.
  4. Masukkan pes tom yum, sos ikan, garam serta gula secukup rasa. Masak lagi sehingga mendidih.
  5. Masukkan hirisan bawang holland, ceri tomato dan udang/sotong. Kacau sebati dan tutup api.
  6. Akhir sekali, masukkan perahan jus limau dan daun ketumbar sebagai hiasan. Siap untuk dihidang. Makan dengan nasi panas-panas bersama telur dadar lagi sedap!

Selamat mencuba!

Tomyam Goong

Kredit: Atikah Rahman

Baca juga: Sedapnya Hujan-Hujan Dapat Makan Nasi Air Thai, Memang Nikmat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN