Resepi bondaku tercinta..sedapnyaaa mak masak..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Asyura

Resepi bondaku tercinta..sedapnyaaa mak masak..

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras
  • Sebiji santan kelapa (1/3 santan pekat dan 2/3 santan cair)
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 inci halia
  • Garam secukup rasa
  • **Bahan untuk perencah (ditabur atas bubur)
  • 10 biji bawang kecil (dimayang)
  • 2 genggam kacang tanah
  • 5 ketul ayam, ambik bahagian banyak isi
  • 5 batang daun sup
  • 3 biji telur ayam (digoreng dadar dan dihiris nipis)
CARA PENYEDIAAN
  • Masak beras dengan ukuran air 3 kali ganda dari biasa. Biarkan hingga semua nasi bertukar jadi bubur. Kacau seberapa kerap yang mungkin untuk mengelakkan hangit.
  • Masukkan bawang kecil yang telah dimayang dan halia ke dalam periuk.
  • Masukkan garam apabila perlu dan rasa.
  • Bila semua nasi dah jadi bubur, masukkan santan cair dan kacau. Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai jadi bubur yang sedap.
  • ** Bahan untuk perencah (ditabur).
  • Buat bawang goreng sendiri, lebih harum. Caranya, bawang kecil yang telah dimayang tadi digaul dengan tepung gandum hingga agak-agak rata. JANGAN LETAK AIR !! Goreng dgn api kecil. Bila sudah kekuningan, angkat.
  • Goreng ayam, siat isi dagingnya.
  • Kacang tanah digoreng.
  • Daun sup diricih.
  • ** Cara untuk menghidang.
  • Tuang bubur dalam mangkuk, tabur daging ayam yang telah disiat tadi, kacang tanah, bawang goreng, telur goreng dan daun sup. Sedap dimakan masa suam-suam kuku. Errmmm..sedap..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN