Khas kepada yang teringin nak makan tapi takde bahan. Kat Jerman takde pelbagai jenis ikan, jadi kami guna tuna dalam tin. Laksa ni saya masak guna ketuhar.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Asam Perantau

Khas kepada yang teringin nak makan tapi takde bahan. Kat Jerman takde pelbagai jenis ikan, jadi kami guna tuna dalam tin. Laksa ni saya masak guna ketuhar.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk kuah:
  • 1. Tuna (dalam minyak atau air garam) – 2 tin
  • 2. Bawang besar – 2 biji
  • 3. Cili kering – segenggam (ikut suka kepedasan)
  • 4. Asam keping atau air asam jawa
  • Bahan penting:
  • Laksa kering
  • Bahan untuk hiasan:
  • 1. Daun salad – dihiris halus
  • 2. Timun – dihiris halus
  • 3. Nenas – (dalam tin)
  • 4. Cili merah atau cili padi dihiris halus – ikut kesukaan
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus laksa hingga masak. Kalau guna ketuhar – dalam 20-30 minit. Tapi bergantung, sila rasa laksa tersebut masak dengan betul.
  • Kuah: Kisar semua bahan untuk kuah dan masukkan dalam periuk atau bekas yang sesuai untuk ketuhar. Tambah air ikut kepekatan bahan anda. Tambah gula dan garam secukupnya. Masaklah seperti biasa, dengan ketuhar dalam 20-30 minit.
  • Bolehlah dimakan. Senang kan? Rasa sama dengan laksa asam kat pasar malam.
  • **Bagi yang ada bahan -bolehlah tambah daun kesum atau bunga kantan dalam kuah, dan hiasan tambahan: daun pudina, limau kasturi, pes udang dan lain-lain. Bagi yang takde, rasa laksa ringkas menggunakan tuna dan masak dalam ketuhar ni masih sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN