sotong rebus serai

Menu sotong rebus serai ini dipanggil dengan nama yang berbeza bagi setiap negeri. Jika di Kelantan, menu tersebut dipanggil sotong ketuk atau sotong katoi serai.

Ada juga memanggilnya dengan singgang sotong, masak rebus asam ataupun masak bening. Tak kisah apa pun namanya yang penting menu ini sangat mudah untuk dimasak dan tersangatlah sedap.

Ada yang nak cuba buat? Jom ikut je resipi perkongsian oleh saudara Syahr Musafir di bawah. Sesuai untuk anda yang suka masak sesuatu yang mudah dan cepat.

Resipi Sotong Rebus Serai

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Serai
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Asam keping
  • Cili merah
  • Cili hijau besar

sotong rebus serai

Cara-cara:

1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.

2. Apabila mendidih, saya masukkan cili dan sotong, terus saya perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.

3. Apabila mendidih, terus matikan api. Nampak tu sotong sudah pun masak. Tak terlebih masak, sebab kita tak nak sotong jadi liat.

sotong rebus serai

4. Selepas matikan api, ada orang letakkan tomato. Saya tak masukkan tomato ke dalam masakan sotong rebus serai tadi. Tapi saya jadikan ulam.

5. Masakan ini sedap dengan rasa unik serai yang segar, masam manis masin semua lengkap infused dengan rasa sotong. Masakan ringkas je tetapi rasa sedap subhanallah walhamdulillah tak terkata.

sotong rebus serai

Selamat mencuba!

Kredit: Syahr Musafir

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN