Satu lagi cara nak mengolah nasi lebih… sesuai untuk anak-anak kecil yang tak mahu makan nasi…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Burger Nasi Mini

Satu lagi cara nak mengolah nasi lebih… sesuai untuk anak-anak kecil yang tak mahu makan nasi…

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan nasi
  • *50gm lobak merah
  • *50gm saderi
  • *Sayur boleh digantikan dengan sayuran yang disukai…
  • 50gm keju cheddar – potong kecil-kecil
  • 1 biji telur – untuk disapu atas burger mini
  • 1 sudu teh perasa Maggi (ikut suka)
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci sayur dan potong kecil kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang berisi nasi dan keju. Campurkan kesemua bahan dan letakkan perasa secukupnya.
  • Masuk dalam mesin memproses makanan (‘food processor’) dan biarkan semua bahan sebati – jika tak ada mesin tersebut, bolehlah gunakan pengisar (‘blender’) kering atau apa saja cara untuk lumatkan semua bahan agar sebati.
  • Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan dan ditekan leper – macam buat burger atau bergedil.
  • Sapukan telur ke atas mini burger tadi dan masak atas kuali yang telah dilenser dengan minyak/mentega.
  • Masak kedua bahagian hingga garing dan bolehlah dihidangkan bersama roti atau makan begitu sahaja dengan sos kesukaan anda…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN