Sesuai untuk dimakan pada minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Horlick

Sesuai untuk dimakan pada minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • Sebungkus agar-agar yang besar
  • 6 cawan air
  • 1 cawan gula halus
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan Horlicks
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan agar-agar dan air dalam periuk. Biarkan agar-agar larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
  • Dalam mangkuk, pukul telur sehingga kembang.
  • Masukkan esen vanila, susu pekat, susu cair dan tepung kastad di dalam mangkuk telur tadi.
  • Setelah agar-agar tadi larut, masukkan campuran telur ke dalam periuk. Kacau perlahan.
  • Akhir sekali, masukkan Horlicks dan terus kacau sehingga horlicks hancur dan larut. Bila sudah masak, tuang di dalam acuan dan letak di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN