Resepi sendiri..biasa masak pakai campak-campak jer, tak payah sukat, hehehe.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Lemak

Resepi sendiri..biasa masak pakai campak-campak jer, tak payah sukat, hehehe.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan dan 1 cawan air ( saya guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
  • @ 1 helai daun pandan – disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam dan gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  • Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yang sudah dibersihkan tadi.
  • Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN