Resepi dari kawan diubahsuai sikit.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pau Kari Ayam
Resepi dari kawan diubahsuai sikit.
BAHAN-BAHAN
- 500gm tepung (saya guna tepung pau)
- 50gm minyak/lemak sayuran
- 6gm yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 100gm gula (saya guna 80gm je)
- 250gm air suam
- Untuk inti kari ayam:-
- @2 ketul isi ayam-dipotong dadu
- @2 biji ubi kentang-dipotong dadu
- @1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
- @2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
- @garam dan serbuk perasa
- @2 sudu besar minyak
CARA PENYEDIAAN
- Campur semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga lembut.
- Tutup dengan plastik dan biar selama 10 minit.
Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat-bulat kecil. - Leperkan dan isi inti di dalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang. Biar lebih kurang 1 jam.
- Kukus selama 10 minit.
- Untuk inti:- Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
- Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
- Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
- Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering seperti inti karipap.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.