Ubah selera dengan nasi goreng kunyit… rasakan kelainannya… resepi sendiri…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Kunyit

Ubah selera dengan nasi goreng kunyit… rasakan kelainannya… resepi sendiri…

BAHAN-BAHAN

  • 3 mangkuk nasi
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2-3 biji cili hijau (ikut suka)
  • 1/2 cawan sayur campuran
  • Segenggam udang hidup (ikut suka banyak) dibuang kulitnya
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis Maggi (jika suka)
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu minyak untuk menumis
  • 1/4 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbukkan bawang besar + bawang putih + cili hijau + udang kering.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kunyit + sos tiram dan gaul rata serta tuangkan 1/4 cawan air tadi.
  • Masukkan perasa ikan bilis (jika suka) + udang hidup + sayur campur + garam dan gaul rata.
  • Setelah udang hidup masak, pecahkan telur dan kacau sebati.
  • Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau rata.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN