Resepi sendiri..resepi ni saya campurkan ayam dan daging sekali, kalau tak suka boleh buat ayam/daging sahaja..ikut selera masing-masing. Sup ni agak pekat, boleh dimakan dengan nasi atau roti..(gambar dari laporan masakan).
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sup Ayam Dan Daging Spesel
Resepi sendiri..resepi ni saya campurkan ayam dan daging sekali, kalau tak suka boleh buat ayam/daging sahaja..ikut selera masing-masing. Sup ni agak pekat, boleh dimakan dengan nasi atau roti..(gambar dari laporan masakan).
BAHAN-BAHAN
- 4 ketul ayam – dipotong kecil
- 300gm daging – dipotong nipis
- 1 biji ubi kentang – dipotong dadu
- 1/2 batang lobak merah – dipotong dadu
- 1 biji tomato – dipotong dadu
- 3 biji bawang merah – ditumbuk
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk
- 1 batang serai – dititik
- 2 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
- 1 sudu besar serbuk kurma
- 1 inci halia – ditumbuk
- 3 cawan air
- Minyak secukupnya
- Garam, serbuk perasa, daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk. Masukkan rempah sup dan rempah kurma bersama sedikit air. Biar naik baunya.
- Masukkan air. Bila mendidih, masukkan ayam dan daging dan ubi kentang, biar empuk sedikit.
- Masukkan lobak merah dan tomato. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih dan pekat sedikit.
- Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi atau roti..
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.