Zaman sekarang hampir di setiap rumah mempunyai air fryer kerana ia sangat memudahkan untuk semua orang memasak, malah ia adalah salah tu cara untuk membuatkan sesuatu makanan itu lebih sihat kerana ia tidak memerlukan kuantiti minyak yang banyak.
Kadangkala sebelum kita masak ayam di dalam air fryer ada masanya ia masak dengan sempurna tetapi ada juga yang tidak masak dengan baik, seperti ayam tersebut menjadi kejung dan masih beku di dalamnya. Jom cuba tips ini.
1. Guna suhu rendah
Sekiranya anda ingin memasak ayam di dalam air fryer, pada awalnya anda perlu membakar dengan suhu yang rendah dalam 110-130 darjah selama 15 minit. Kemudian terbalikkan ayam tersebut dan masak dengan suhu yang lebih tinggi dalam 160-180 darjah untung menggaringkan permukaan ayam selama 5-7 minit.
2. Guna loyang
Masukkan ayam di dalam loyang dan masak ayam seperti biasa. Suhu tidak perlu diubah. Pastikan sapu sedikit minyak pada permukaan ayam. Cara seperti ini akan membuatkan ayam itu lebih juicy.
Selamat mencuba!
Sumber:Khairunnisa Mohd Malek