Sangat mudah disediakan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Murtabak Segera

Sangat mudah disediakan..

BAHAN-BAHAN

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Daun sup
  • Minyak
  • 2 sudu kecil garam
  • Kulit popia
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang cincang
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula buat inti untuk murtabak. Caranya ialah bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Tumiskan bawang.
  • Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air. Goreng sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging cincang.
  • Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu. Masukkan garam dan Ajinomoto. Jika terlalu kering, tambahkan air. Masak sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan daun sup.
  • Pukul telur di dalam mangkuk. Masukkan inti tersebut ke dalam telur. Masukkan bawang cincang. Kacau sehingga sebati.
  • Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segi empat. Cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  • Goreng murtabak dengan api yang perlahan dan sedikit minyak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN