Sesuai untuk semua perayaan (terutama Hari Raya dan Krismas).
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Kukus
Sesuai untuk semua perayaan (terutama Hari Raya dan Krismas).
BAHAN-BAHAN
- 375 g buahan campuran (dalam kotak)
- 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
- 3 biji telur gred A
- 300 g tepung gandum*
- 1 camca teh soda bikarbonat*
- 1 camca teh krim tartar* (*digaul dan diayak)
- 150 g gula perang (gula halus pun boleh)
- 150 g gula pasir (untuk gula hangus)
- 1 biji pala, diparut
- 30 g badam keping
- Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
- Satukan buahan campuran, badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga buahan tadi bersalut dengan tepung. Ini penting untuk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih untuk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
- Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.
- Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jangan terlalu kembang.
- Perlahankan kelajuan dan masukkan buahan yang telah digaul dengan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
- Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! Berhati-hati semasa memasak gula hangus….
- Hidupkan mesin kek. Dengan kelajuan perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dengan cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
- Lenser tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak.
- Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dengan ceri merah atau hijau. (Saya cuma ada ceri hijau je hehehe…..)
- Tutup tin kek dengan lapisan aluminium (‘foil’) dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya untuk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
- Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mengelakkan kek pecah.
- UNTUK PANDUAN:- Beginilah rupa “biji pala”. Yang sebelah kiri tu rupa biji pala yang masih berkulit. Yang kanan dan hadapan itu yang telah ditanggalkan kulitnya. Rempah biji pala ini penting untuk menyeimbangkan rasa kek dengan buahan dan mentega, disamping menambah aroma… Rempah biji pala ini boleh didapati di kedai India yang menjual rempah ratus.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.