Nasi elok je panjang, derai dia cantik tidak melekat. Lembut, tak keras dan masak dengan sempurna.”
Siapa suka makan beras basmathi? Beras basmathi ini dia lain daripada beras biasa yang kita makan, beras dia lebih panjang dan halus sahaja. Kebiasaannya orang akan masak beras basmathi ini untuk membuat nasi briyani dan nasi Arab.
Kalau makan beras basmathi ini nikmat dia lain macam, rasa puas sahaja bila makan. Tetapi ada sesetengah orang apabila masak beras ini ia tidak menjadi, ada yang lembik dan nasinya tidak berderai. Mungkin korang boleh cuba tips ini supaya berasnya dimasak dengan sempurna.
1. Rendam beras bersama garam
Rendam beras sekitar 20 hingga 30minit bersama 1 sudu kecil garam sebelum memasak nasi seperti biasa, supaya beras kembang dan panjang elok. Cuci beras terlebih dahulu sebelum rendam.
2. Sukatan air yang betul
Sukatan air untuk beras basmathi adalah 1 cawan beras bersamaan 1 1/4 air atau mana-mana campuran lain seperti santan atau susu cair.
3. Didihkan air sebelum masuk beras
Cara nak masak beras ini, pastikan air atau cecair untuk memasak beras ini mendidih terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masukkan beras. Dengan menggunakan cara ini juga, beras tidak akan mudah patah kerana tidak terendam terlalu lama. Beras akan cepat masak dalam lebih kurang 10 – 15 minit sahaja.
4. Kacau rata
5. Rehatkan beras seketika
Sekiranya nasi sudah masak, rehatkan selama 5 hingga 10 minit. Jangan terus buka tudung periuk, biarkan nasi mengewap di dalam periuk dan kembang cantik. Selepas itu, karih nasi dari tepi periuk ke tengah. Untuk menggebukan nasi. Gunakan garfu atau sudip, supaya nasi tidak hancur dan patah.
Selamat mencuba!
Sumber:Eyda Sukiman