Resepi dari mak..sedap dimakan dengan nasi putih.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Ikan

Resepi dari mak..sedap dimakan dengan nasi putih.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa-apa ikan, ikut selera)
  • 4 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2cm kunyit hidup – ditumbuk
  • 1 batang serai – dititik
  • 3 batang daun kesum
  • 1 bunga kantan – dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering yang dimesin
  • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • Garam dan gula (ikut rasa)
  • Minyak masak
  • Sedikit belacan (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
  • Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  • Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  • Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN