Bila tengok mak mertua makan bertambah tu, maknanya sedap lah kan? Rugi tak cuba tau!”

Kalau pergi Siam, resepi ikan talapia masak masam manis merupakan antara resepi yang popular di kalangan masyarakat mereka. Kalau pergi ke kedai Siam di Malaysia pun, menu ini memang terkenal. Rasa masam dan manis daripada kuah tersebut memang membuat kita bertambah nasi la.

Jom cuba resepi mudah ikan talapia masak masam manis

Bahan-bahannya

  • Ikan Talapia merah (digoreng garing)
  • 4 sdb cili kisar
  • 3 biji bawang merah kecil (hiris)
  • 2biji bawang merah besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih  (hiris)
  • Garam secukupnya
  • 1 sdb gula pasir
  • Buah mangga muda dipotong dadu
  • Air kosong setengah gelas

Cara Penyediaan

  1. Siang ikan talapia dan bersihkan. Gaulkan dengan garam dan kunyit serbuk.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Untuk elak ikan melekat, letakkan 2 asam keping dalam minyak menggoreng ikan.
  3. Untuk sosnya pula, panaskan sedikit minyak masak di kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah kecil sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kemudian tambah garam dan gula. Tumis sekejap.
  6. Masukkan air kosong dan bawang besar yang sudah dihiris.
  7. Akhir sekali, baru masukkan buah mangga potong. Masak sebentar dan boleh dituangkan atas ikan talapia yang dah siap digoreng tadi.

 

Sumber: Norlinda Saim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN