Ubah dan pikat selera anak-anak untuk makan dengan nasi yang berwarna-warni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi 3 Warna

Ubah dan pikat selera anak-anak untuk makan dengan nasi yang berwarna-warni.

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan beras (saya guna beras basmathi)
  • 3 cawan air
  • Pewarna merah, hijau dan kuning serta secubit garam
  • Satu ketul stok ayam (Knorr atau Maggi), beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci beras dan toskan.
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  • Panaskan periuk dan masukkan marjerin hingga cair.
  • Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga naik baunya.
  • Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan.
  • Masukkan beras dan masak hingga nasi kering.
  • Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga-tiga pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  • Biarkan hingga nasi masak.
  • Kacau nasi setelah betul-betul masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN