Mesti korang dah biasa makan puding Milo, sirap dan juga puding kelapa. Tetapi jarang sekali nak tengok orang jual puding yang berbentuk buah tembikai, rasanya sangat menyegarkan dan tidak terlalu manis. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azreen Zaimi di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

PUDING TEMBIKAI

Mesti korang dah biasa makan puding Milo, sirap dan juga puding kelapa. Tetapi jarang sekali nak tengok orang jual puding yang berbentuk buah tembikai, rasanya sangat menyegarkan dan tidak terlalu manis. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azreen Zaimi di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 3 keping roti putih dipotong bahagian tepi dan dipotong kecil.

  • 1 tin susu cair

  • 4 sdb susu pekat manis

  • 1 biji telur gred A

  • 10 gm serbuk agar-agar

  • 4 sdb gula pasir

  • 1 sdk esen vanilla

  • Pewarna warna merah dan hijau

Kredit: Azreen Zaimi

CARA PENYEDIAAN
  • Kisar roti putih, susu cair, susu pekat manis bersama telur.

  • Masukkan 2 cawan air di dalam periuk. Panaskan dan masukkan serbuk agar-agar dan gula kacau hingga larut.

  • Masukkan esen vanila dan bahan-bahan kisar. Bahagikan kepada tiga bekas.

  • Sediakan loyang bulat, basahkan loyang supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.

  • Tuangkan adunan hijau, diikuti putih dan merah. Sejukkan dalam peti sejuk. Potong dan letakkan coklat chip utk bijinya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN