Resipi mudah dan lazat sesuai untuk sesiapa saja yg ingin menikmati paprik ayam walaupun kekurangan bahan masakan. Dah cuba nanti boleh la komen =)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Paprik Ayam Perantau
Resipi mudah dan lazat sesuai untuk sesiapa saja yg ingin menikmati paprik ayam walaupun kekurangan bahan masakan. Dah cuba nanti boleh la komen =)
BAHAN-BAHAN
- 300-400 gram isi ayam
- 2 sudu minyak masak
- Sedikit hirisan bawang merah
- 4/5 sudu kicap (manis atau masin)
- 1 sudu sos tiram
- 1 lobak merah
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tomato
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak masak.
- Tumis hirisan bawang merah sehingga sedikit kekuningan dan naik bau.
- Masukkan kicap dan tambahkan air (pastikan digaul seketika supaya tidak melekat di kuali). Lepas tu masukkan sos tiram dan sos tomato. Gaulkan.
- Bila dah nak masak, masukkan garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan.
- Masukkan lobak merah yang telah dihiris halus. Gaulkan seketika.
- Masukkan ayam yang telah dihiris halus dan gaulkan sehingga masak (dalam 7-10 minit).
- Hidangkan dengan nasi putih panas dan jus limau. Fuh, sedap!
- Nota – boleh juga tambah kacang pis masa letak lobak tadi dan kalau boleh, guna minyak jagung untuk menumis supaya kurang kolesterol. Kesihatan itu penting =)
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.