Sekali sekala nak ubah citarasa..senang sebab tak payah pukul sampai kembang!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate & Cheese Muffin

Sekali sekala nak ubah citarasa..senang sebab tak payah pukul sampai kembang!

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A: 140g tepung gandum, 40g serbuk koko dan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 100g marjerin (suhu bilik)
  • 90g gula halus
  • 2 biji telur (suhu bilik)
  • 80ml susu segar
  • 140g coklat bar
  • Bahan B: untuk inti krim keju
  • 80g krim keju
  • 50g yogurt biasa
  • 30g gula halus
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A diayak. Panaskan oven pada suhu 180C.
  • Mula-mula buat inti. Panaskan krim keju selama 30 saat dalam oven. Campurkan yogurt dan gula, kacau sampai rata dan ketul-ketul hilang.
  • Coklat bar dicairkan guna kaedah ‘double boiler’. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, pukul marjerin sampai lembut, kemudian masukkan gula dan pukul sampai sebati.
  • Telur yang terlebih dahulu dipukul sikit (bukan sampai kembang) dimasukkan sedikit demi sedikit dalam (4) sambil dikacau.
  • Bila adunan dah sebati macam dalam gambar, masukkan bahan A dan susu secara berselang seli. Maksudnya, masukkan sikit bahan A, kacau rata. Kemudian masukkan sedikit susu, kacau. Mulakan dengan bahan A, akhiri dengan bahan A.
  • Ulang langkah (6) sampai habis. Mungkin adunan macam keras sikit, tapi takpa. Teruskn kacau adunan.
  • Masukkan adunan dalam bekas muffin lebih kurang separuh. Dengan menggunakan sudu yang telah dicelup sikit dalam air, buat macam lubang kat tengah-tengah muffin.
  • Masukkan inti dalam lubang tadi (guna sudu). Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25~30 minit.
  • Nak tahu dah masak ke belum, cucuk lidi dekat bahagian coklat. Kalau dah licin, kira dah masak la tu. Bahagian yang keju tu memang lembut sikit. Bila dah sejuk, bahagian tu akan keras.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN