Resepi dari ibu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Daging Sempoi

Resepi dari ibu.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras basmathi @ beras Taj Mahal Faiza
  • 1/2 kg daging lembu
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 – 6 sudu besar rempah kurma daging
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • Air (ikut sukatan beras yang digunakan)
  • Bahan perasa
  • Susu cair F&N
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kayu manis
  • 3-4 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit garam (tapi jangan masin sangat)
  • 4-5 biji bawang merah
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula basuh beras dan toskan.
  • Panaskan minyak sapi, masukkan bawang merah, bawang putih, halia (dihiris ), bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan goreng sehingga garing.
  • Bila bahan-bahan tumis tadi dah garing dan berwarna keemasan masukkan rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air) dan biarkan rempah kurma tersebut garing dan naik bau.
  • Bila dah naik bau (jangan terlalu garing takut nanti pahit) masukkan air (air ni mengikut sukatan jenis beras yang digunakan).
  • Kemudian boleh masukkan susu cair (sukatan susu dan air contoh: 2 cawan air yang diperlukan untuk memasak beras Taj Mahal, masukkan 1/2 cawan susu cair dan 1 1/2 cawan lagi air).
  • Bila dah masukkan semua dalam periuk bolehlah dimasak seperti nasi biasa sehingga kering.
  • Boleh dimakan bersama sambal tumis udang @ sotong dan kerabu tomato.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN