Mini tat keju. Sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cheese Tart

Mini tat keju. Sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan.

BAHAN-BAHAN

  • Pastri:
  • 70g mentega
  • 50g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 110g tepung gandum
  • 15g serbuk badam
  • Beberapa titik esen vanila
  • Inti:
  • 100g yogurt – sejatkan biar jadi 50g
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur (saiz M)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil tepung jagung/’corn starch’
  • 50ml krim segar
CARA PENYEDIAAN
  • Cara buat pastri: Masukkan mentega ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.
  • Tambahkan gula. Pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.
  • Campurkan tepung dengan serbuk badam. Kemudian ayakkan.
  • Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  • Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.
  • Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan acuan diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat inti.
  • Cara buat inti: Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  • Tambahkan krim segar sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  • Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan tepung jagung/’corn starch’ ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.
  • Sapukan bekas muffin dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.
  • Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170Catau sehingga pastri nampak kuning/perang.
  • Bila dah sejuk. Boleh bungkus cantik-cantik dan dijadikan sebagai buah tangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN