Mudah dan sedap!!. Boleh makan sewaktu minum petang (gambar dari laporan masakan).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Prune Dengan Walnut

Mudah dan sedap!!. Boleh makan sewaktu minum petang (gambar dari laporan masakan).

BAHAN-BAHAN

  • 1 camca teh ovallete
  • 250gm mentega
  • 200gm gula kastor @ gula perang
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 1 camca teh soda bikarbonat
  • 5 camca teh esen vanila
  • 5 biji telur (saiz A)
  • 300gm buah prune – rebus bersama 1 cawan air sehingga mendidih kemudian dilenyek
  • 100gm walnut
  • 300gm tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
  • Putar mentega dengan gula kastor @ gula perang sehingga kembang.
  • Masukkan serbuk penaik, soda bikarbonat dan esen vanila.
  • Masukkan buah prune yang telah dilenyek dan putar lagi.
  • Masukkan ovallete dan telur satu demi satu.
  • Putar sehingga bahan-bahan sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan gaul dengan senduk hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan kacang walnut dan gaul sehingga sebati.
  • Bakar guna dulang 9″ dengan suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN