Gabungan resepi & cari dari www.wanitamelayu.com. Sumber gambar phongsu78.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sardine Roll
Gabungan resepi & cari dari www.wanitamelayu.com. Sumber gambar phongsu78.
BAHAN-BAHAN
- *1 tin kecil Sardin Cap Ayam
- *1 biji bawang besar (hiris nipis)
- *1 biji cili merah (cili basah)
- *2 biji limau kasturi (ambil perahan)
- *Mayonis, lada sulah dan garam (sesedap rasa)
- 2 keping kulit roti untuk dibuat serbuk roti (yang atas dan bawah)
- 1 biji telur (dipukul – untuk celup roti)
- Sedikit air masak (untuk celup roti)
CARA PENYEDIAAN
- *Inti*.Goreng bawang sehingga separuh masak dan masukkan sardin. Hancurkan sardin kemudian masukkan cili yang telah dihiris. Masuk garam secukup rasa.Agak-agak cili dah layu tutup api. Masukkan mayonis dan lada sulah mengikut kehendak anda. Gaul dan ketepikan.
- Bakar roti seperti biasa kita bakar untuk sarapan dan kemudian kisar kering. Ketepikan.
- Gelek setiap keping roti. Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. Selepas itu, sapu rata sardin ke atas roti dan gulung. Buat sehingga habis.
- Sediakan pinggan roti yang telah digulung, pinggan yang berisi air masak, pinggan telur yang telah dipukul dan pinggan serbuk roti.
- Sementara itu panaskan minyak dengan api yang sederhana perlahan.
- Kenakan sekeliling roti (yang telah digulung) dengan air, kemudian celup ke dalam telur dan kemudian golekkan ke atas pinggan serbuk roti dan terus masuk ke dalam kuali (minyak telah cukup panas). Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup untuk memasakkan lapisan telur sahaja.
- Hasilnya gulungan sardin anda sedap, gebu, rangup dan tidak berminyak. Sedap dimakan dengan sos. Cubalah!
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.