Kek capuccino gulung

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Capuccino Roll Cake

Kek capuccino gulung

BAHAN-BAHAN

  • Cecair capuccino:
  • 4 sudu besar serbuk capuccino
  • 2 sudu besar air panas
  • Kek span:
  • 4 biji telur (saiz L)
  • 60g tepung gandum
  • 70g gula
  • 1 sudu besar cecair capuccino
  • Sirap:
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air panas
  • Krim capuccino:
  • 200ml krim segar
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar cecair capuccino
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan cecair capiccino: campurkan capuccino dengan air panas. Kacau dan sejukkan.
  • Letakkan kertas minyak di atas dulang oven. Panaskan oven ke 180C.
  • Letakkan 1/2 gula ke dalam telur putih. Penaikkan sehingga telur putih bertanduk.. atau ‘meringue’.
  • Letak 1/2 gula lagi ke dalam telur kuning. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan 1 sudu besar cecair capuccino yang telah disejukkan tadi.
  • Letakkan 1/2 dari no.3 tadi ke dalam no.4. Adun sehingga sebati.
  • Letakkan tepung yang telah diayak ke dalam no.5. Adun lagi.
  • Kemudian lebihan no.3 (‘meringue’) tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  • Tuangkan ke dalam dulang oven. Jangan sentuh dengan jari. Pusing-pusing dulang oven sehingga jadi rata. Ketuk-ketukkan sikit bahagian bawah dulang oven untuk keluarkan angin. Bakar selama 10 minit.
  • Bila dah masak, keluarkan dari oven. Alaskan kek dengan kertas minyak. Sembur bahagian permukaan supaya kek cepat sejuk.
  • Sementara tu sediakan krimnya. Campur semua bahan-bahan untuk krim. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  • Bila kek dah sejuk, keluarkan kek dari oven. Sapukan permukaan kek dengan sirap. Kemudian masukkan krim yang dipukul tadi. Ratakan kemudian gulung. Simpan dalam peti ais selama 1/2 hari sebelum dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN