Kek keju dengan biskut Oreo.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Oreo Cheese Cake

Kek keju dengan biskut Oreo.

BAHAN-BAHAN

  • Lapisan Bawah: 120 g biskut Oreo yang dikisar (biskut sahaja)
  • 120 g mentega cair
  • Lapisan Inti/’Filling’ : (A) 2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu
  • (B) 250 g krim keju
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
  • 250 g krim putar (dipukul sedikit) (selalunya dijual dalam peket macam susu kotak di bahagian produk tenusu di pasaraya)
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
  • Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam Lapisan Bawah
  • 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan kek berbintik hitam)
CARA PENYEDIAAN
  • Lapisan Bawah: Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam loyang bulat yang boleh dibuka bawahnya. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan adunan mengeras.
  • Masak bahan-bahan dalam (A) atas ‘double boiler’. Kacau sehingga mendidih dan sebati. (Jika tiada ‘double boiler’, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan-bahan dalam periuk kecil – macam dalam gambar).
  • Pukul krim keju sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yang telah di’double-boil’kan tadi.
  • Tuangkan dalam adunan yang disediakan dalam langkah 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan pembeku) selama 2-3 jam.
  • Variasi Satu:
    Kalau tak nak gunakan Oreo, boleh juga digantikan dengan biskut Marie, tetapi gula perlu ditambah 20g.
  • Variasi Dua:
    Kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan lapisan bawah, masukkan 2-3 sudu besar inti/jem blueberry dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN