Jom sekali sekala ubah menu sarapan dengan humburger dan kerepek ubi keledek.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Humburger Dengan Keledek Chips

Jom sekali sekala ubah menu sarapan dengan humburger dan kerepek ubi keledek.

BAHAN-BAHAN

  • Humburger:
  • 250g daging hancur/cincang
  • 150g taufu
  • 1 cawan breadcrumbs (serbuk roti)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 biji bawang besar – cincang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak
  • Sos Humburger:
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)
  • Kerepek Ubi Keledek:
  • 1 biji ubi keledek
  • Sedikit garam
  • Parutan keju parmesan secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bahan Hiasan:
  • Tomato ceri
  • Brokoli yang direbus
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan untuk humburger ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. Bahagikan kepada 5 bahagian. Buatlah bentuk humburger.
  • Letakkan sedikit minyak di atas kuali. Goreng humburger sehingga masak. Seelok-eloknya gunalah kuali yang tak melekat.
  • Campurkan semua bahan-bahan untuk sos. Kemudian masukkan ke dalam kuali yang diguna untuk goreng humburger tadi. Masak sehingga pekat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas humburger tadi.
  • Untuk kerepek keledek pula. Bersih dan hiris keledek nipis-nipis. Goreng dalam minyak penuh sehingga rangup. Sejatkan minyak. Kemudian taburkan garam dan keju parmesan yang diparut.
  • Akhir sekali letaklah humburger dan sosnya di dalam pinggan. Hiaslah dengan kerepek keledek, tomato dan brokoli.
  • Jenis taufu yang digunakan dalam resepi ini:

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN