Resepi daripada mak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Pedas

Resepi daripada mak.

BAHAN-BAHAN

  • Ayam atau daging
  • 2 batang serai
  • Sedikit lengkuas – dimesin
  • 3 ulas bawang putih – dimesin
  • 1/2 ulas bawang besar – dimesin
  • Cili kering ( mengikut citarasa untuk pedas ) – dimesin
  • Sedikit cuka atau air asam jawa
  • Sedikit garam, gula dan air
  • Kicap
CARA PENYEDIAAN
  • Potong ayam atau daging pada saiz kesukaan.
  • Kisarkan kesemua bahan yang dimesin itu kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dimesin itu dan masukkan ayam.
  • Tambahkan sedikit air mengikut kuah yang dikehendaki, biar sehingga mendidih dan naik bau, masukkan air asam atau cuka, garam, gula dan kicap. Kacau lalu biarkan sehingga mendidih dan pekat.
  • Apabila masak bolehlah dimakan bersama nasi atau dicicah bersama dengan ketupat. Sebab itu ayam atau daging dipotong mengikut kesukaan anda.
  • Cubalah, sedap. Saya buat untuk cicah bersama ketupat di Hari Raya. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN