Kek raya di kebanyakan rumah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Prune

Kek raya di kebanyakan rumah.

BAHAN-BAHAN

  • 250g mentega
  • 1 1/4 cawan gula kastor
  • 7 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 paket Cream Crackers (kalau boleh yang tawar)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Pewarna (ikut suka)
  • Prune Sunsweet atau asam deduit
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan pengukus, griskan loyang. Sementara itu, kisar Cream Crackers hingga jadi halus.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau dengan pengadun.
  • Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat, kacau.
  • Masukkan biskut yang dah dikisar tadi sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.
  • Bahagikan adunan ikut warna yang disukai. 2-3 warna sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yang dibahagikan 3 tadi.
  • Masukkan 4 sudu untuk lapis pertama (warna asal), kukus 10 minit. Kemudian lapis kedua dengan warna merah, lapis ketiga dengan warna hijau, lapis keempat boleh la letak prune atau asam deduit tu. Ulang langkah ni hingga loyang penuh.
  • Masukkan dalam oven (‘medium heat’) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN