Bila dah nak raya ini mesti la ketupat antara menu yang wajib ada pada pagi raya. Selalunya orang akan hidangkan ketupat yang biasa tu sahaja, tetapi kali ini kita kongsikan pada anda ketupat palas versi manis. Ketupat manis ini asal daripada Kelantan, rasa manisnya itu kita boleh adjust mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rohaida Mat Idris di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
KETUPAT LEMAK MANIS
Bila dah nak raya ini mesti la ketupat antara menu yang wajib ada pada pagi raya. Selalunya orang akan hidangkan ketupat yang biasa tu sahaja, tetapi kali ini kita kongsikan pada anda ketupat palas versi manis. Ketupat manis ini asal daripada Kelantan, rasa manisnya itu kita boleh adjust mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rohaida Mat Idris di Facebook.
BAHAN-BAHAN
1 kg beras pulut susu
4 1/2 cawan santan
1 sudu kecil garam
2 cawan gula
2 helai daun pandan
5 pelepah daun palas
2 keping asam keping
Kredit: Rohaida Mat Idris
CARA PENYEDIAAN
Rendam beras pulut 2-3 jam bersama asam keping.
Kukus pulut lebih kurang 40 minit atau sehingga masak, keluarkan dan masukkan di dalam bekas.
Masak santan bersama gula, garam dan daun pandan.
Masukkan santan yang telah di masak ke dalam pulut ,kacau pulut sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu.
- Sejukkan, kemudian boleh mula bungkus. Kalau nak sedap boleh letak serunding daging pada bahagian dalam pulut.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.