Kali ini jom cuba masak masakan ala barat. Kalau dah bosan asyik makan yang berkuah sahaja, korang boleh cuba udang panggang garlic butter. Rasa udang panggang tu sangat berlemak dan juicy je bila kita gigit. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Nuur di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
UDANG PANGGANG GARLIC BUTTER
Kali ini jom cuba masak masakan ala barat. Kalau dah bosan asyik makan yang berkuah sahaja, korang boleh cuba udang panggang garlic butter. Rasa udang panggang tu sangat berlemak dan juicy je bila kita gigit. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Nuur di Facebook.
BAHAN-BAHAN
30-40 udang segar cuci bersih
3 sdb minyak zaitun @ mentega
5 sdb sos plum gaul bersama udang
Sebalu bawang putih cincang
Bawang besar cincang
Nenas yang telah dicincang
Daun bawang/daun sup
Keju
Kredit : Cik Nuur
CARA PENYEDIAAN
Masukkan mentega dan cairkan di atas kuali.
Susun udang biar penuh di atas kuali atau pan. Masak udang sehingga kulitnya menjadi kemerahan.
Taburkan kesemua bawang, daun sup, daun bawang dan keju di atas udang tersebut.
Biarkan sehingga keju cair dan siap boleh dihidang dan dimakan begitu sahaja.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.