Kalau buat air limau ais biasa je mesti warna air tu jernih je, kali ini jom kita variasikan air limau ais dengan letak bunga telang. Warna limau ais yang jernih tu terus bertukar menjadi warna ungu sangat cantik yang penting air ini menyegarkan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Syahr Musafir di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Mudah
FAKTA MASAKAN
15 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
LIMAU AIS BUNGA TELANG
Kalau buat air limau ais biasa je mesti warna air tu jernih je, kali ini jom kita variasikan air limau ais dengan letak bunga telang. Warna limau ais yang jernih tu terus bertukar menjadi warna ungu sangat cantik yang penting air ini menyegarkan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Syahr Musafir di Facebook.
BAHAN-BAHAN
Bunga telang
Limau nipis
Air
Ais batu
Gula
Kredit: Syahr Musafir
CARA PENYEDIAAN
Rendamkan bunga telang bersama air suam dan tekan-tekan sedikit supaya warna dari bunga tu keluar.
Sediakan air limau ais, campurkan air, limau nipis dan gula sehingga sebati dan masukkan ais batu.
Tapiskan air bunga telang yang sudah direndam tadi, airnya berwarna biru gelap.
Tuangkan air bunga telang ke air limau ais. Tuang sikit pun dah cukup mengujakan sebab sudah nampak keunguan tu.
Setelah dikacau air limau ais campur bunga telang menjadi ungu. Siap dan boleh diminum semasa sejuk.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.