Roti ni biasa ada kat kedai roti Jepun. Meron pan maksudnya roti melon. Tapi bukan dari buah melon.. hanya rupa macam bentuk melon.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Meron Pan

Roti ni biasa ada kat kedai roti Jepun. Meron pan maksudnya roti melon. Tapi bukan dari buah melon.. hanya rupa macam bentuk melon.

BAHAN-BAHAN

  • Roti:
  • 125ml air
  • 30g telur
  • 250g tepung roti
  • 25g gula
  • 12g susu tepung
  • 4g garam
  • 25g mentega
  • 4g yis kering
  • Biskut:
  • 150g tepung gandum
  • 45g gula halus
  • 4g serbuk penaik
  • 30g mentega
  • 50ml telur
  • 20g cip coklat
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan untuk roti dalam ‘breadmaker’. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
  • Disamping tu sediakan biskutnya. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan mentega.
  • Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk mentega tadi. Kacau biar jadi doh. Kemudian bahagikan kepada 2.
  • Satu bahagian letaklah cip coklat.
  • Dan 1 bahagian lagi tanpa coklat.
  • Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (‘plastic wrap’). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
  • Keluarkan doh roti dari ‘breadmaker’. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  • Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian.
  • Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
  • Keluarkan biskut dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 untuk cip coklat dan 5 untuk yang tanpa coklat.
  • Canaikan biskut.
  • Letakkan biskut ke atas roti.
  • Celupkan bahagian biskut ke dalam gula.
  • Potong bahagian biskut seperti dalam gambar.
  • Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dengan oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
  • Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN