Asal nak diet je kena makan oats kan? Mesti korang pun lama-lama akan bosan makan oats setiap hari, tapi korang boleh je variasikan oats tu ikut citarasa tekak korang sendiri. Salah satunya, boleh buat bubur oats berlauk. Sedap tau makan setiap hari pun tak ada hal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nialurun_ di Twitter.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BUBUR OATS BERLAUK

Asal nak diet je kena makan oats kan? Mesti korang pun lama-lama akan bosan makan oats setiap hari, tapi korang boleh je variasikan oats tu ikut citarasa tekak korang sendiri. Salah satunya, boleh buat bubur oats berlauk. Sedap tau makan setiap hari pun tak ada hal. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nialurun_ di Twitter.

BAHAN-BAHAN
  • Rolled oats (rendam 30 minit)

  • Daging cincang

  • Bawang holland (dicincang)

  • Bawang putih (dicincang)

  • Tomato ceri (dibelah dua)

  • Lobak putih atau merah (dipotong kiub)

  • Mentega

  • Halia (dihiris nipis)

  • Minyak bijan

  • Lada hitam dan lada putih

Kredit : Nialurun_

CARA PENYEDIAAN
  • Masak rolled oat dan halia selama 1 jam. Sukatan air seperti buat bubur. Perasakan dengan minyak bijan, lada hitam dan lada putih.

  • Panaskan kuali, masukkan mentega, bawang holland dan bawang putih masak sehingga garing.

  • Masukkan daging cincang, masak sehingga air daging menjadi kering.

  • Masukkan lobak merah dan tomato ceri. Perasakan dengan lada hitam.

  • Siap dah boleh dihidang bersama cili merah dan telur separuh masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN