Kalau korang dah putus idea tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Korang boleh cuba resepi legend pesamah daging, antara menu yang wajib ada semasa kenduri. Jom cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

PESAMAH DAGING

Hidangan Sajian dari Arab,  Kari Kacang Kuda & Ayam menjadikan hidangan lauk untuk dimakan bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN
  • 300gm daging

  • 2 sudu rempah kari

  • 1 inci halia

  • 1 sudu serbuk cili

  • 1 sudu teh kerisik

  • 1 sudu teh asam jawa

  • 1 helai daun pandan

  • 1 sudu besar gula kabung

  • 200 ml santan
  • 6 ulas bawang putih

  • 6 biji bawang merah (kecil)

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 1 batang kulit kayu manis

Kredit : Kamarul Ariffin Nor Sadan

CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang dan daun pandan.

  • Kisar bawang putih, halia, dan bawang merah sampai halus. Tumis bawang yang dah dikisar sampai keperangan-perangan dan berbau wangi.

  • Masukkan rempah kari dan serbuk cili atau cili boh dan masukkan daging.

  • Perasakan dengan garam dan gula. Tambah air dan reneh sampai daging empuk.

  • Masukkan gula Melaka atau gula kabung, kerisik, pes asam jawa, santan kotak dan tambahkan air. Reneh sampai semuanya sebati dan rasanya mesra.

  • Siap dan boleh dimakan bersama sambal belacan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN