Sesuai untuk berbuka puasa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Sambal

Sesuai untuk berbuka puasa.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai (dititik)
  • Bahan Kisar:
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 cili kering (ikut suka kalau nak lebih pedas)
  • 1 inci kunyit hidup (boleh guna kunyit serbuk juga)
  • Sedikit belacan
  • Bahan Hiasan:
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 batang kacang bendi (potong ikut suka)
  • Sedikit gula, garam dan perasa
  • Sedikit air asam jawa dan air
CARA PENYEDIAAN
  • Bersih ayam dan potong kecil-kecil. Lumurkan dengan sedikit garam.
  • Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
  • Masukkan ayam, air asam jawa, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi apabila ayam separuh masak.
  • Kemudian masak ayam sehingga masak sepenuhnya.
  • Hidangkan dengan nasi putih yang masih panas.
  • *Ayam juga boleh digantikan dengan sotong atau isi ayam sahaja. Cubalah, anda akan rasa kenikmatannya.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN