Kali pertama buat.. rupa kurang gebu, tapi rasanya sedap!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Caramel Mousse

Kali pertama buat.. rupa kurang gebu, tapi rasanya sedap!!

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji telur putih
  • 120ml susu segar
  • 120ml krim segar
  • 10g gula halus
  • Karamel:
  • – 50g gula
  • – 1 sudu besar air
  • 5g gelatin
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan karamel- masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Tutupkan api.
  • Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Tutupkan api dan masukkan semua karamel tadi.
  • Dalam bekas lain campurkan gelatin dgn 1 sudu besar air dan kacau.
  • Kemudian masukkan gelatin tadi ke dalam susu. Kacau sehingga gelatin cair.
  • Alaskan mangkuk susu tadi dengan air yang mengandungi ketulan ais. Kacau sehingga pekat.
  • Dalam mangkuk lain pukul krim sehingga pekat. Masukkan 1/2 krim ke dalam susu tadi. Kacau dengan perlahan-lahan. Kemudian masukkan yang selebihnya. Kacau lagi.
  • Dalam mangkuk lain pula, pukul telur putih sehingga bila diangkat akan terbentuk seolah-olah bentuk tanduk.
  • Masukkan 1/2 telur putih ke dalam campuran krim dan susu tadi. Kacau dengan perlahan. Kemudian masukkan yg selebihnya. Kacau lagi dengan perlahan.. jangan sampai hilang buih..
  • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Simpan dalam peti ais lebih kurang 40 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN