Boleh juga ganti limau gedang (grapefruit) dengan oren

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Grapefruit Jelly

Boleh juga ganti limau gedang (grapefruit) dengan oren

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji limau gedang/’grapefruit’
  • 30g gula
  • 2 sudu kecil gelatin
  • Yogurt secukupnya
  • Daun pudina untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Ambik sebiji limau. Belah 2. Guna pengisar buah (juicer) ambik jusnya sebanyak 1 cawan (200ml). 1 biji lagi, buang kulit dan ambik isinya.
  • Masukkan gelatin ke dalam mangkuk kecil. Kemudian masukkan 2 sudu besar air. Kacau.
  • Larutkan gula ke dalam 1 cawan air panas. Kacau biarkan gula hancur. Masukkan pula gelatin tadi. Kacau biar gelatin hancur.
  • Masukkan larutan gula ini ke dalam isi limau tadi. Alaskan mangkuk dengan air yang mengandungi ketulan ais sambil dikacau. Bila dah sejuk, tuangkan ke dalam acuan.
  • Simpan dalam peti ais lebih kurang 1 jam 30 minit atau sehingga jadi bentuk jeli/agar-agar.
  • Bila nak makan, masukkan yogurt ke dalam bekas sesuai. Lepas tu letaklah jeli tadi. Bolehlah dihias dengan daun pudina.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN