Resepi dari sempadan Kelantan dan Terengganu. Sila baca dulu semua arahan di bawah sebelum membuat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Air Siam
Resepi dari sempadan Kelantan dan Terengganu. Sila baca dulu semua arahan di bawah sebelum membuat.
BAHAN-BAHAN
- Nasi – dimasak sedikit lembik
- Daging – 1/2 kilo
- Halia – 5 inci -ditumbuk lumat
- Cili padi (hijau atau merah) – segenggam
- Cuka makan – 3 atau 4 sudu besar
- Garam, gula sesedap rasa
- (Bahan Tambahan):
- Ikan bilis – digoreng garing
- Bawang goreng
- Bihun – 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
- Air lada (cili) – sila rujuk cara membuat
- Daun sup – dihiris halus-halus
- Limau nipis/limau kasturi – dipotong (untuk diperah semasa makan)
- **Bahan tambah – perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.
CARA PENYEDIAAN
- Masak nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
- Daging tersebut – dipotong besar-besar dan direbus dalam air yang banyak. Setelah masak – air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup untuk seisi keluarga (bagi yang suka kuah banyak) boleh tambah air lagi.
- Daging yang direbus tadi – dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
- Air lada – Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil, tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
- Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk – masukkan air daging – masukkan semua bahan tambah – gaulkan semuanya. Boleh la dimakan, kalau tak cukup pedas – tambah air lada :)
- TIP- bahan yang perlu digoreng ialah bihun, ikan bilis dan daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dengan bihun atau ikan bilis.
- CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.