Guna biskut oreo

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Yogurt

Guna biskut oreo

BAHAN-BAHAN

  • 500g yogurt (buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g)
  • 50ml susu segar
  • 200ml krim segar
  • 15g gula aising (gula yogurt lagi sedap)
  • 5g serbuk gelatin
  • 1/2 sudu besar jus lemon (dari buah lemon)
  • 9 keping biskut Oreo (96g)
  • 20g mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan yogurt ke dalam penyejat. Sejatkan sehingga berat yogurt menjadi 150g. Mungkin mengambil masa dlm 1-2 jam.
  • Masukkan biskut Oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur.
  • Masukkan mentega yg telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul.
  • Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat.
  • Loyang yang diguna mestilah bahagian bawahnya boleh diangkat. Kalau nak krim yogurt kelihatan tebal boleh guna loyang 15cm.
  • Panaskan susu dengan microwave selama 50 saat atau panaskan sehingga hampir mendidih. Campurkan gelatin dengan 1/2 sudu besar air. Kacau ratakan. Kemudian masukkan ke dlm susu. Kacaulah sehingga tak berketul.
  • Yogurt biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan. Pukul yogurt sehingga jadi bentuk krim.
  • Dalam mangkuk lain pula, pukul krim segar dengan gula sehingga agak pekat. Jangan terlampau keras.
  • Masukkan krim segar ke dalam mangkuk yogurt sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu bersama gelatin tadi. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dengan perlahan-lahan sampai sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN