Letak nama perantau sebab masak ikut apa yang ada

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Kerabu Perantau

Letak nama perantau sebab masak ikut apa yang ada

BAHAN-BAHAN

  • Nasi:
  • 4 cawan beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 1/2 cawan air – macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 2-3 helai daun limau purut (jika suka)
  • 1 batang serai-diketuk (jika suka)- saya tak letak sebab tak suka.
  • Sambal Tumis:
  • 5-10 biji lada kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit/ 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 200ml/ 1/2 tin santan pekat
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
  • Garam dan gula melaka
  • Sambal Ikan:
  • 1 ekor ikan kembung- saiz besar
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  • Kerabu:
  • Kubis
  • Timun
  • Taugeh
  • Daun kesum
  • Bahan lain (Jika nak Tambah):
  • Solok lada
  • Telur asin
  • Bawang jeruk
  • Ayam goreng kunyit
  • Sambal belacan
CARA PENYEDIAAN
  • #Sediakan sambal tumis:
  • Kisar lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
  • Panaskan minyak (kena banyak sikit), tumis semua bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.
  • #Masak Nasi:
  • Cucikan beras dan masukkan semua bahan untuk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
  • #Cara Sedia Sambal Kelapa Ikan:
  • Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa.
  • Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
  • Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
  • Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna ‘food processor’ masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam ‘food processor’ .
  • Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
  • Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
  • #Kerabu:
  • Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
  • Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN