Sedap dan rangup.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Sardin Goreng

Sedap dan rangup.

BAHAN-BAHAN

  • Doh Roti:
  • 140ml air/ susu segar (suam atau suhu bilik)
  • 200g tepung roti
  • 8g mentega
  • 20g gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis kering
  • ==============================
  • Inti Sardin:
  • 1 tin kecil sardin
  • 1/2 biji bawang besar- potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil jus limau nipis/ kasturi
  • Ubi kentang- potong dadu dan rebus 2/3 masak (jika suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam, gula secukupnya
  • ==============================
  • Serbuk roti / breadcrumbs
  • Telur
  • Minyak untuk menggoreng penuh
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung, gula dan yis ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
  • Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda.
  • Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian.
  • Rehatkan roti selama 10-15 minit.
  • Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan roti jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.
  • Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  • Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
  • Panaskan minyak. Celup roti dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs (serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang.
  • =========================
  • INTI: Tumis bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu.
  • Kemudian masukkan ubi kentang.
  • Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk lada putih, jus limau . Sesuaikan rasanya.
  • Bila dah siap bolehlah tutupkan api.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN