Sedap bagi yang suka kayu manis/’cinnamon’.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cinnamon Roll

Sedap bagi yang suka kayu manis/’cinnamon’.

BAHAN-BAHAN

  • (Bahan Roti):
  • 300g tepung roti
  • 50g mentega
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml susu segar/air (suhu badan)
  • 8g yis kering
  • 1 sudu kecil garam
  • —————————————————–
  • (Inti):
  • 2-3 sudu kecil serbuk kayu manis (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g mentega – suhu bilik
  • —————————————————–
  • (Aising):
  • 50g cream cheese – suhu bilik
  • 20g mentega – suhu bilik
  • 100g gula aising
  • Secubit garam
  • Beberapa titik esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Cara buat roti: Gaulkan mentega dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti.
  • Kemudian masukkan gula dan yis kering. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  • Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat di tangan atau sehingga licin.
  • Balut dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan inti.
  • Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil (lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  • Lapikkan roti dengan cawan muffin. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  • Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  • Bila roti dah masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN